Pengenalan

Harta intelek adalah suatu cerapan minda yang bermula dengan episod penciptaan dan pertukangan akal, emosi serta jasmani dan menjurus kepada penghasilan karya-karya kreatif, inovasi, reka cipta, dan lain-lain. Variasi idea-idea ini, selain daripada mempunyai keunikan tersendiri, mampu mempelopori dan menguasai bukan sahaja pasaran tempatan, malah seantero dunia. Dengan pengupayaan dari segenap segi, harta intelek boleh ditransformasikan menjadi suatu wadah penggerak kemakmuran buana.

Di sebalik harta intelek, terserlah wajah-wajah individu yang berbakat hebat seperti para pengkarya, pencipta yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah. Mereka ini adalah wira-wira yang hakikatnya memerlukan sokongan sebenar dari pelbagai pihak agar perusahaan berlandaskan harta intelek yang diasaskan menjadi lebih berdaya maju dan mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah antara satu sama lain.

Dengan semangat dan iltizam ini, Patentsworth dengan ini berinspirasi dengan sederap misi dalam membantu kebangkitan para wirawan ini melalui inisiatif “PROGRAM PEMBERDAYAAN KOMUNITI HARTA INTELEK” (BERDAYA).

BERDAYA adalah sebuah ikhtiar yang julung-julung kali diadakan oleh Patentsworth bersempena ulang tahun penubuhan firma ini, selaras dengan hasrat dan ikrar pengasas firma, Irfan Awang. BERDAYA, segagah namanya, adalah diharapkan agar dapat mencetus gagasan kesedaran di kalangan individu dan komuniti akan kepentingan perlindungan harta intelek dan seterusnya, dengan upaya pemberdayaan ini, dapat menghamparkan ledakan dan letusan produk Malaysia di mata dunia.

Berminat Untuk Mohon?

Berminat Untuk Mohon?

1

Permohonan ini terbuka kepada pemohon yang merupakan seorang individu atau sekumpulan individu yang bermastautin secara sah di Malaysia dan warganegara Malaysia yang berusia lapan belas (18) tahun dan ke atas dengan identiti pengenalan sah (MyKAD) pada 1 Januari 2024, dan merupakan pencipta sah bagi karya yang ingin dilindungi di bawah program BERDAYA.

2

Pemohon tidak pernah atau sedang menerima apa-apa bentuk bantuan termasuk dana dan geran dari mana-mana pihak berkaitan karya yang ingin dilindungi di bawah program BERDAYA.

3

Penyertaan adalah PERCUMA. Program ini berlangsung dari 15 November 2024 sehingga 31 Disember 2024 jam 11.59 pm (waktu Malaysia) (“Tempoh Program”). Sebarang penyertaan yang diterima selepas dari waktu yang tersebut akan ditolak dan tidak sah.

Karya yang ingin dilindungi
mestilah asli dan adalah dalam
kategori berikut:

  • Karya Sastera
  • Karya Seni
  • Rakaman Bunyi
  • Karya Muzik
  • Filem
  • Karya Terbitan

Karya yang ingin dilindungi
mestilah asli dan adalah dalam kategori berikut:

  • Karya Sastera
  • Karya Seni
  • Rakaman Bunyi
  • Karya Muzik
  • Filem
  • Karya Terbitan

,,

Lindungi Karya Anda Sekarang

Lindungi Karya Anda Sekarang

Terma & Syarat

Pemohon bersetuju dengan Terma dan Syarat yang ditetapkan oleh BERDAYA.
Pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan penyertaan pada satu-satu
pusingan atau kitaran program BERDAYA. Hanya permohonan yang lengkap
akan diproses. Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.

Pemohon bersetuju dengan Terma dan Syarat yang ditetapkan oleh BERDAYA. Pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan penyertaan pada satu-satu pusingan atau kitaran program BERDAYA. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.

Borang Penyertaan (BERDAYA)

Maklumat Pemohon

Maklumat Karya Yang Ingin Dilindungi

Pemilikan Karya

Pencipta Karya 1 (Mestilah Pemohon)

Jika berkaitan, sila senaraikan pemilik bersama

Pencipta Karya 2

Pemilik Karya 3

Pencipta Karya

Pemilik Karya 1 (Mestilah Pemohon)

Jika berkaitan, sila senaraikan pemilik bersama

Pemilik Karya 2

Pemilik Karya 3

Penerbitan Karya

Nilai Komersil Karya

Pengakuan

PENGAKUAN PESERTA

Adalah saya dengan ini memperakui bahawa penyertaan saya ini adalah asli.

Saya juga faham bahawa penyertaan saya akan dibatalkan serta merta jika saya melanggar

peraturan ini.

Saya juga bersetuju dengan Terma & Syarat.

All Rights Reserved Patentsworth 2024