Terma dan Syarat

No.

Perkara

Catatan

1.

Penganjur

Patentsworth International Sdn. Bhd.

201901001966 (1311292-M)

2.

Program

Program Pemberdayaan Komuniti Harta Intelek (BERDAYA)

3.

Kelayakan

(a) Permohonan ini terbuka kepada pemohon yang merupakan seorang individu atau sekumpulan individu yang bermastautin secara sah di Malaysia dan warganegara Malaysia yang berusia lapan belas (18) tahun dan ke atas dengan identiti pengenalan sah (MyKAD) pada 1 Januari 2024, dan merupakan pencipta sah bagi karya yang ingin dilindungi di bawah Program (“Pemohon”).

“pencipta”

(a) berhubungan dengan karya sastera, ertinya penulis atau pembuat karya itu;

(b) berhubungan dengan karya muzik, ertinya penggubah;

(c) berhubungan dengan karya seni selain daripada fotografi, ertinya seniman;

(d) berhubungan dengan fotograf, ertinya orang yang olehnya perkiraan untuk mengambil fotograf itu dibuat;

(e) berhubungan dengan filem atau rakaman bunyi, ertinya orang yang olehnya perkiraan untuk membuat filem atau rakaman itu dibuat;

(f) berhubungan dengan siaran yang dipancarkan dari dalam mana-mana negara, ertinya – (i) orang yang memancarkan rancangan itu, jika dia bertanggungjawab bagi pemilihan kandungannya; atau  (ii) mana-mana orang yang mengadakan rancangan itu yang membuat perkiraan yang perlu dengan orang yang memancarkannya untuk pemancarannya;

(g) berhubungan dengan apa-apa hal lain, ertinya orang yang membuat karya itu.

(b) Pemohon tidak pernah atau sedang menerima apa-apa bentuk bantuan termasuk dana dan geran dari mana-mana pihak untuk karya yang ingin dilindungi di bawah Program.
(c) Karya yang ingin dilindungi mestilah asli dan adalah dalam kategori berikut:
Karya sastera;
Karya muzik;
Karya seni;
Filem;
Rakaman bunyi; atau
Karya terbitan

“karya sastera” termasuklah (a) novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lain; (b) lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomim;  (c) treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;  (d) ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;  (e) surat, laporan dan memorandum;  (f) syarahan, ucapan, khutbah dan karya lain yang sama sifatnya;  (g) jadual atau penyusunan, sama ada atau tidak dinyatakan dalam perkataan, angka atau simbol dan sama ada atau tidak dalam bentuk yang tampak; dan (h) program komputer;

“karya muzik” ertinya apa-apa karya muzik, dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik;

“karya seni” ertinya – (a) karya grafik, fotograf, seni ukir atau kolaj, tanpa mengira kualiti seni;  (b) karya seni bina dalam bentuk bangunan atau model bagi bangunan; atau  (c) karya pertukangan seni, tetapi tidak termasuk reka bentuk susun atur mengikut pengertian Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 [Akta 601];

“fotograf” ertinya suatu perekodan cahaya atau sinaran lain pada apa-apa bahantara yang padanya suatu imej dihasilkan atau yang daripadanya suatu imej boleh dengan apa-apa cara dihasilkan, dan yang bukan sebahagian filem;

“filem” ertinya apa-apa penetapan suatu siri gambaran pandangan pada bahan daripada apa-apa perihalan, sama ada lut cahaya atau tidak, supaya boleh dengan menggunakan bahan itu dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu perekaan – (a) ditunjukkan sebagai gambar bergerak; atau (b) dirakamkan pada bahan-bahan lain, sama ada lut cahaya atau tidak supaya dengan menggunakan bahan itu ia boleh ditunjukkan sedemikian,  dan termasuklah bunyi yang terkandung dalam sesuatu runut bunyi yang berkaitan dengan suatu filem;

“rakaman bunyi” ertinya apa-apa penetapan siri bunyi atau suatu perlambangan bunyi yang boleh didengar dan boleh dikeluarkan semula dengan apa-apa cara, tetapi tidak termasuk suatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem;

Karya terbitan berikut adalah dilindungi sepertimana karya asal:  (a) terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya yang layak bagi hak cipta; dan  (b)  koleksi karya yang layak bagi hak cipta, atau penyusunan data semata-mata sama ada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin atau bentuk lain, yang menjadi suatu hasil ciptaan intelek oleh sebab pemilihan dan susunan kandungannya.

(d) Golongan berikut tidak layak menyertai Program ini:
(i) Individu atau sekumpulan individu yang pernah atau sedang menerima apa-apa bentuk bantuan termasuk dana dan geran dari mana-mana pihak termasuk kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan karya yang ingin dilindungi;
(ii) Syarikat dan seumpamanya termasuk yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
(iii) Persatuan dan seumpamanya termasuk yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia;
(iv) Agensi Kerajaan dan seumpamanya

4.

Kaedah Penyertaan

(a) Permohonan penyertaan atau kemasukan ke Program adalah melalui laman sesawang www.patentsworth.co/berdaya.
(b) Hantarkan maklumat seperti mana yang diperlukan di dalam borang permohonan penyertaan di laman sesawang tersebut.
(c) Pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan penyertaan pada satu-satu pusingan atau kitaran Program. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.
(d) Penganjur tidak akan menghantar laporan penerimaan penyertaan bagi setiap permohonan penyertaan yang diterima.
(e) Semua permohonan penyertaan yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak Penganjur melalui maklumat perhubungan yang dibekalkan semasa proses penghantaran penyertaan (“Pemohon Yang Terpilih”).
(f) Sekiranya Pemohon Yang Terpilih tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) kali percubaan setiap hari selama tiga hari berturut-turut (pada hari dan waktu bekerja, Isnin-Jumaat), Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemohon tersebut dan pemohon seterusnya yang layak akan dipilih.
(g) Pihak Penganjur akan memberikan bantuan perlindungan harta intelek kepada karya yang dihantar oleh pemohon tersebut dan segala kos berkaitan proses perlindungan harta intelek kategori hak cipta, termasuk Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta melibatkan pemberitahuan karya hak cipta di dalam Daftar Hak Cipta di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di bawah Program ini adalah ditanggung oleh pihak Penganjur (“Bantuan).
(h) Bantuan tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Bantuan tidak boleh dipindah milik. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar bantuan diiklankan dengan bantuan yang sama nilai tanpa pemberitahuan terlebih dahulu atas budi bicara tunggal dan mutlaknya.
(i) Pemilihan dan penyenaraian pendek permohonan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan dari Pemohon tidak akan dilayan.

5.

Tempoh Program

(a) Program ini berlangsung dari 15 November 2024 sehingga 31 Disember 2024 jam 11.59 pm (waktu Malaysia) (“Tempoh Program”). Sebarang penyertaan yang diterima selepas dari waktu yang tersebut akan ditolak dan tidak sah.
(b) Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Tempoh Program mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.

6.

Hak Pihak Penganjur

(a) Dengan menyertai Program ini, Pemohon bersetuju Penganjur menggunakan, menyiarkan atau memaparkan nama-nama dan gambar-gambar Pemohon Yang Terpilih(jika ada) bagi tujuan pengiklanan dan publisiti melalui apa apa jua saluran penerbitan, pengedaran atau paparan tanpa sebarang bayaran royalti atau pampasan kepada Pemohon Yang Terpilih.
(b) Jika atas apa-apa sebab Program ini tidak mampuberlangsung seperti yang dirancang atas sebab (dan tidak terhad) seperti penyebaran virus komputer, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan; pihak Penganjurberhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana individu yang mengganggu proses penyertaan dan/atau membatalkan, menamatkan, mengubah suai, atau menggantung Programini.
(c) Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan manamana Pemohondan/atau entri yang didapati atau disyaki menipu/menggodam/menyalahgunakan prosespenghantaran Program, operasi Program atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat Program ini.
(d) Jika ada berlaku apa-apa percanggahan di antara Terma dan Syarat ini dan apa-apa terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi untuk Program ini, Terma dan Syarat yang terkandung di https://www.patentsworth.coakan diguna pakai.
(e) Pihak Penganjur berhak untuk mengubah Terma dan Syarat Program ini pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
(f) Dengan menyertai Program ini, Pemohon memberi kebenaran kepada pihak Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Penganjur (Agensi) untuk memproses data peribadi Pemohon yang diberikan untuk tujuan Promosi.
(g) Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau apa-apa jenis perbelanjaan yang dibuat oleh Pemohon yang berkaitan dengan Program ini (sama ada untuk tujuan menyertai, menghantar penyertaan atau penerimaan Bantuan) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemohon. Pihak Penganjur, ahli gabungan, ejen-ejen atau agensi Program tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos/caj/yuran/perbelanjaan yang tersebut.
(h) Pihak Penganjur, sekutunya dan agensi Program ini tidak bertanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, lewat atau atas sebarang kesilapan teknikal.

7.

Liabiliti dan Tanggungjawab

(a) Pemohon dan Pemohon Yang Terpilih akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlakuliabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam Program ini dan/atau penebusan dan/atau penggunaan Bantuan dan bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan sama ada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.
(b) Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tidak di dalam apa-apa keadaan Penganjur atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berurusan dengan Penganjur untuk tujuan Program ini) bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan (termasuk kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Program ini, walaupun Penganjur telah dinasihatkan tentang kemungkinankerosakan tersebut terlebih dahulu, dan semua ganti rugi yang tersebut adalah dikecualikan.
(c) Dengan menyertai Program ini, Pemohon bersetuju untuk mematuhi keputusan yang dibuat oleh pengadil dan bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat rasmi dan semua keputusan pihak Penganjur.
(d) Penganjur ingin memberi peringatan kepada Pemohon untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya semasa menerima panggilan telefon atau mesej yang meminta maklumat peribadi anda semasa dan/atau selepas Program. Penganjur juga ingin menasihati Pemohon untuk menghubungi Penganjur untuk pengesahan mengenai Program.
(e) Semua keputusan yang dibuat berhubung dengan Programadalah muktamad, konklusif dan mengikat.
(f) Terma dan Syarat akan ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan adalah di bawahbidang kuasa ekslusif mahkamah Malaysia.

8.

Perlindungan Data

(a) Dengan menyertai Program ini dan pendedahan maklumat peribadi kepada Penganjur, Pemohon dan Pemohon Yang Terpilih bersetuju Penganjur memproses maklumat peribadi Pemohon dan Penganjur bersetuju untuk hanya menggunakannya bagi tujuan Program ini dan melindungi maklumat tersebut seperti yang dinyatakan di bawah.Bahagian ini juga menggariskan hak Pemohon mengenai perlindungan data, dan penerangan kepada Pemohon bagi tujuan untuk menghubungi Penganjur.
(b) Penganjur mungkin menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses data peribadi Pemohon, di mana pihak ketiga tersebut haruslah tidak menggunakan data peribadi Pemohon di dalam sebarang cara selain daripada apa yang dinyatakan di sini.
(c) Di bawah undang-undang Malaysia, hak Pemohontermasuk:

a. Hak untuk menarik balik kebenaran untuk penggunaan data peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi Penganjur di alamat e-mel yang dinyatakan di bawah yangdisediakan Penganjur dengan nama dan alamat e-mel Pemohon untuk penghapusan data peribadi tersebut;

b. Hak untuk mendapatkan salinan data peribadi yang dimiliki oleh Penganjur; dan

c. Hak untuk membetulkan data peribadi yang tidak tepat.

(d) Sebarang isu perlindungan data bersama Penganjur, aktiviti berkenaan hak undang-undang bagi Pemohon, sila hubungi talian pelanggan Penganjur di +603-56133001.
(e) Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menyimpan data peribadi Pemohon dengan selamat, dan memerlukan pemprosesan data dari pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Bagaimanapun, Penganjur boleh mendedahkan data peribadi Pemohon jika dikehendaki oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.
(f) Apa-apa perkara berkaitan data peribadi yang berhubung kait dengan Program ini akan ditadbir dan diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan apa-apa undang-undang yang berkaitan di Malaysia.

9.

Syarat Tambahan

(a) Penganjur berhak mengikut budi bicara, tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa untuk mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Program, membuat penggantian Bantuan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Program secara keseluruhan atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Pemohonbersetuju bahawa Permohonan berterusan mereka dalam Program akan menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah).
(b) Penganjur, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana Pemohonberhubung dengan sebarang kerugian atau kerosakan dan sebagainya yang ditanggung, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian secara tidak langsung atau berlanjutan, atau untuk kecederaan peribadi yang ditanggung atau dialami oleh Pemohon yang timbul daripada atau berhubung dengan penyertaan Pemohon dalam Programini, dan juga penebusan dan/atau penggunaan sebarang Bantuan yang dimenangi.
(c) Keputusan Penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan Program termasuk pengadilan dan pemilihan pemohon adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua Pemohon. Sebarang surat menyurat atau rayuan berkaitan pengadilan dan pemilihan pemenang tidak akan dilayan.
(d) Pemohon memahami bahawa segala hak milik harta intelek dalam sebarang kandungan dan/atau material yang dikemukakan, dibuat atau dicipta oleh Pemohonberhubung dengan Program ini dan sebarang hasil kerja terbitan yang timbul daripadanya akan secara kekal dan tanpa syarat menjadi hak, kepunyaan dan milik Pemohon.
(e) Dengan mengemukakan penyertaan untuk Program ini, Pemohon dianggap sudah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
(f) Penganjur berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi atau Polisi Privasi kami di laman sesawang dan medium-medium lain difikirkan bersesuaian dari semasa ke semasa.
(g) Pemohon mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada:

E-mail address: berdaya@patentsworth.co

5