MyIPO, News

Chanel Ciplak

BUTIK terkenal di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dikesan mengaut keuntungan mudah dengan menjual barangan tiruan jenama terkenal kepada pelanggan.

Difahamkan, ada antara barangan tiruan berkenaan dipercayai diperoleh dari luar negara berharga tidak sampai RM100 namun dijual sama seperti harga barangan asli mencecah ribuan ringgit setiap satu.

Bagaimanapun, kegiatan penjualan barangan tiruan menggunakan jenama terkenal Chanel oleh butik itu berjaya dihidu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur yang melakukan serbuan pada jam 11 pagi semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri (KPPN), Low Swee Hon berkata, serbuan menerusi Ops Akta Perihal Dagangan (APD) itu dibuat bersama wakil cap dagang jenama berkenaan di negara ini yang mengenal pasti produk dijual di butik berkenaan sebagai tiruan.

Katanya, dalam serbuan itu KPDNHEP merampas 33 unit barang tiruan jenama Chanel bernilai RM10,253.

“Antara barangan yang dirampas adalah 22 unit aksesori wanita, sembilan unit pakaian dan dua unit beg tangan.

“Semua barangan menggunakan jenama Chanel itu dikenal pasti sebagai tiruan oleh wakil cap dagang jenama berkenaan yang turut serta dalam operasi yang diadakan jam 11 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Swee Hon berkata, semua barangan tiruan yang dirampas di butik itu dijual pada harga sama seperti barangan asli yang mana paling murah berharga RM300 hinggalah mencecah ribuan ringgit.

Katanya, sikap pengguna yang mudah ditipu menyebabkan ada peniaga mengambil kesempatan dengan menjual barangan tiruan sebagai barangan asli.

“Rampasan barangan berkenaan dibuat mengikut Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 dan KPDNHEP menasihatkan pengguna berhati-hati termasuk ketika membeli di butik terkenal,” katanya.


Sources: MyIPO & Harian Metro

Related MyIPO, News

Malaysia Accedes to Madrid Protocol

GENEVA, 27 September 2019 – Malaysia becomes the 106th member of the Madrid Protocol System upon depositing the instrument of accession [...]

Intellectual Property Management & Commercialisation Seminar – 3rd Selangor International Business Summit 2019

Copyright Related Seminar: Enforcement Of Copyright Works In The Field Of Creative Contents

MyIPO hosted the Copyright Related Seminar: Enforcement of Copyright Works in the Field of Creative Contents which was organized by [...]

Seminar On Exchange Of Best Practices For Enforcement Officials

MyIPO hosted the Seminar on Exchange of Best Practices for Enforcement Officials which was organized by European Union Intellectual Property [...]